Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beranikan diri pertingkat kemahiran demi keluarga

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



BERBEKAL pengalaman bertugas sebagai pembeli di syarikat pengeluaran selama 10 tahun, beliau meluahkan bahawa pekerjaannya itu terbantut tanpa perkembangan kerjayanya.



Cik Norlin Mustafa, 38 tahun, adalah seorang ibu tunggal dengan dua orang anak - berusia 13 dan 12 tahun.



"Saya mengalami kesulitan untuk menyara anak-anak dengan pekerjaan yang tiada perubahan atau pertumbuhan.



"Bagaimanapun, tanggungjawab saya sebagai pencari nafkah utama keluarga menghalang saya daripada bertukar-tukar kerja sesuka hati," jelas beliau yang berkata bahawa pekerjaan tersebut stabil.



Cik Norlin akur bahawa beliau tidak kecukupan dari segi kewangan dan dengan saranan Jawatankuasa Penduduk di kawasan perumahannya, mereka telah merujuk beliau kepada Daughters of Tomorrow (DOT)



Demi memperbaiki kerjayanya, DOT telah mendaftarkannya ke Program Latihan Keyakinan (DCC) yang berlangsung selama lapan minggu.



Program itu melengkapkan individu dengan kemahiran dan pengetahuan baru mengenai proses temuduga sambil meningkatkan keyakinan diri serta mengenali diri sendiri dan ciri-ciri orang lain dalam pekerjaan.



"Antara lain, program ini juga memberi saya peluang untuk mengenali, berhubungan dan menjalin persahabatan dengan wanita lain yang tinggal berdekatan dengan saya," ujar beliau.



Dengan keyakinan baru dan kemahiran yang beliau raih melalui mempertingkatkan diri menerusi program yang ditawarkan DOT, Cik Norlin berjaya mendapat jawatan di sebuah firma Maklumat Teknologi (IT) yang terkemuka.



Walaupun penuh cabaran, Cik Norlin pekerja yang rajin dan berdedikasi, cepat dinaikkan pangkat dalam syarikatnya itu.



Cik Norlin juga adalah antara 20 wanita yang telah turut serta dalam acara larian wanita Great Eastern bersama anak bongsunya.



"Saya suka turut serta dalam acara bersama DOT kerana semuanya sungguh menarik.



"Apabila diberitahu tentang acara larian ini, saya juga inginkan kegiatan yang dapat merapatkan lagi hubungan saya bersama anak perempuan saya, Umairah, dan acara ini sangat sesuai," jelas Cik Norlin, yang menyertai kategori Larian Ibu Dan Anak sepanjang 2 kilometer bersama anaknya itu.



Mengulas lanjut mengenai sokongan serta bantuan yang dihulurkan DOT, Cik Norlin berkata:



"DOT telah memberi saya banyak sokongan dari segi emosi dan sumber.



"Saya sangat berbesar hati kerana mereka telah mengembalikan keyakinan saya sejak bertahun-tahun ini.



"Bagi ibu tunggal lain yang juga mengalami pelbagai cabaran, ingatlah bahawa tiada yang mustahil jika anda percaya pada diri sendiri," nasihatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >