BUKAN sahaja mereka yang memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew minggu lalu sahaja yang perlu beratur panjang, pengunjung pameran mendiang Encik Lee di Muzium Negara semalam juga perlu beratur berjam-jam lamanya.
Ekoran itu, Muzium Negara terpaksa menutup barisan ke pameran tentang kehidupan dan kerja mendiang Encik Lee itu lebih awal.