Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (AMLA)

Berbahas pantun

Aug 02, 2017 | 05:30 AM



BERIKUT perbahasan antara Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied) dengan beberapa Anggota Parlimen (AP) lain mengenai pantun yang disampaikannya semasa berucap berhubung pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla).



Semasa berucap di Parlimen, Encik Faisal mengakhiri ucapannya dengan pantun yang berbunyi:



"Pulau Temasek aman sentosa



Nama ditukar ke Singapura



Berlaku adil semasa di dunia



Sesungguhnya kita akan berhadapan si Maha Pencipta".



Dr Fatimah Lateef (GRC Marine Parade): Saya ingin mendapat penjelasan tentang erti dua kerat akhir pantunnya.



Sebagai seorang Muslim, saya amat tidak selesa mendengar pantun itu dan saya ingin tahu makna di sebaliknya yang ingin ditujukan.



Encik Faisal: Saya percaya pantun itu sudah jelas. Maksudnya di situ, jadi saya tak perlu terangkan lagi.



Encik Zainal Sapari (GRC Pasir Ris-Punggol): Mungkin soalan Dr Fatimah itu tidak cukup jelas. Kalau saya boleh menjelaskan lagi, adakah sesuatu dalam rang undang-undang pindaan itu yang Encik Faisal rasa boleh menyebabkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) atau Mahkamah Syariah berlaku tidak adil?



Encik Faisal: Bolehkah (Encik Zainal) menunjukkan di mana saya berkata apa yang beliau anggap itu dalam ucapan saya?



Encik Zainal: Saya tidak merujuk kepada ucapan Encik Faisal tetapi pantun itu menunjukkan bahawa kita harus menjawab kepada Tuhan yang Maha Esa kalau kita berlaku tidak adil di dunia ini... dan bahawa terdapat aspek tertentu dalam rang undang-undang itu yang boleh membuat Muis atau Mahkamah Syariah membuat keputusan tidak adil.



Encik Faisal: Saya berpegang teguh bahawa saya tidak berkata apa-apa seperti itu dalam ucapan saya.



Saya percaya pantun saya sudah jelas dan kita semua bertanggungjawab kepada Pencipta kita yang Maha Berkuasa.



Encik Zainal: Oleh itu, adakah Encik Faisal bersetuju bahawa pindaan kepada rang undang-undang itu benar-benar bererti masyarakat Islam yang bertindak secara jujur demi apa yang terbaik bagi masyarakat?



Encik Faisal: Saya rasa saya sudah jelas menyatakan dua kali dalam ucapan saya bahawa saya sokong rang undang-undang ini sepenuh hati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >