MENTERI Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, berkata berbasikal boleh menjadi satu cara pengangkutan yang baik di Singapura, tetapi ia harus selamat dan menyenangkan.
Dalam masukan blognya bertajuk 4 Roda Baik, 2 Roda dan 2 Kaki Lebih Baik semalam, Encik Khaw kata berbasikal amat sesuai bagi perjalanan pendek, misalnya pergi ke pasar raya, kedai kopi, pusat penjaja makanan atau stesen MRT terdekat.