Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bergelut emosi untuk terima perubahan EP

Jan 08, 2017 | 05:30 AM



MESKI akur perlunya sistem Presiden Dipilih (EP) diubah bagi memastikan jawatan itu mewakili semua kaum, Dr Yaacob Ibrahim menghadapi pergelutan emosi untuk menerima perubahan itu sepenuh hati.



Beliau tertanya-tanya apakah langkah itu akan memberi tanggapan kepada masyarakat lain bahawa masyarakat Melayu, yang walaupun sudah mencapai banyak kemajuan, masih memerlukan bantuan pemerintah.



Dalam wawancara dengan Berita Minggu (BM), Menteri Perhubungan dan Penerangan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam itu meluahkan secara terus terang bahawa beliau sendiri pada mulanya keberatan menerima perubahan EP, antara lain bagi memberi laluan kepada Presiden Melayu tahun ini.



"Saya faham ada keinginan masyarakat Melayu melihat seorang daripada kita berjaya. Tetapi kita ingin beliau berjaya kerana kerja keras beliau sendiri," ujar Dr Yaacob, yang tidak dapat menahan sebak dan berhenti seketika untuk menenangkan dirinya.



"Oleh itu, apabila idea ini pertama kali ditimbulkan, kami rasa tidak senang. Anda terfikir bagaimanakah masyarakat lain akan melihatnya? Sekali lagi adakah pemerintah perlu membantu masyarakat Melayu?



"Kita telah mencapai banyak kemajuan daripada usaha kita sendiri. Jadi saya telah mencuba sedaya upaya untuk mengatasi perasaan itu kerana saya perlu melihat gambaran yang lebih luas mengenai isu ini," tambahnya.



Semasa perubahan EP didebatkan di Parlimen sebelum diluluskan pada November lalu, beliau turut memberi ucapan penuh emosi tentang isu tersebut.



Beliau telah menceritakan rasa bangga yang dikongsi ramai daripada masyarakat Melayu apabila abang sulung beliau, Encik Mohd Ismail Ibrahim, muncul sebagai penerima Melayu pertama Biasiswa Presiden.



Beliau mengimbas kembali keadaan Lapangan Terbang Paya Lebar yang dibanjiri orang Melayu yang bersama-sama ingin menghantar abangnya itu belajar di luar negara di bawah biasiswa tersebut.



Oleh itu, Dr Yaacob akur ada pandangan dalam masyarakat Melayu/Islam yang tidak setuju dengan perubahan EP itu. Ini menunjukkan ramai yang percaya dengan nilai meritokrasi, katanya.



"Tetapi jika kita mengambil setapak ke belakang dan melihat gambaran yang lebih luas, anda akan memahami sebab perubahan itu diambil.



"Oleh itu, kita tidak harus bertolak ansur dari segi kriteria kelayakannya. Langkah ini harus dilihat bukan untuk orang Melayu, orang Cina atau orang India, tetapi untuk Singapura dan nilai kepelbagaian kaum yang lebih besar," kata Dr Yaacob.



Beliau meluahkan harapan agar dapat melihat seorang Presiden Melayu yang hebat tahun ini.



"Kita perlu memastikan orang itu seorang 'damn good President'; seorang Presiden yang benar-benar hebat sampai orang lupa kaumnya," ujarnya.



"Jika kita mengambil setapak ke belakang dan melihat gambaran yang lebih luas, anda akan memahami sebab perubahan itu diambil. Oleh itu, kita tidak harus bertolak ansur dari segi kriteria kelayakannya. Langkah ini harus dilihat bukan untuk orang Melayu, orang Cina atau orang India, tetapi untuk Singapura dan nilai kepelbagaian kaum yang lebih besar... Kita perlu memastikan orang itu seorang 'damn good President'; seorang Presiden yang benar-benar hebat sampai orang lupa kaumnya."



- Dr Yaacob Ibrahim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >