Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Berjaya buru kerjaya saintis di Australia

Oct 25, 2020 | 05:30 AM



KEINGINAN untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains forensik mendorongnya untuk mengambil ijazah sarjana muda di Australia yang tidak ditawarkan di sini sebelum ini.



Tetapi, warga Singapura Shehzahdi Shebbrin Boorhanuddin Moonshi sedar keluarganya yang datang dari keluarga berpendapatan rendah tidak akan dapat menampung pengajiannya.



Lantas, bekas pelajar sains bioperubatan dari Politeknik Temasek itu mengambil keputusan untuk mengambil pinjaman bank bagi meneruskan pengajiannya di Universiti Griffith di Brisbane, Australia.



Walaupun perlu bekerja sambilan bagi menampung kehidupannya di sana, ia tidak menghalang beliau daripada menjadi pelajar terbaik dan seterusnya ditawarkan biasiswa antarabangsa untuk menyambung pelajarannya dan mendapatkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Queensland di Australia dalam penyelidikan penyakit barah.



Kini, saintis berusia 35 tahun itu menjalankan penyelidikan dan bekerja di Pusat Teknologi Nano Mikro Queensland di Universiti Griffith yang menumpukan perhatian dalam bidang bahan nano bagi diagnosis dan rawatan penyakit kardiovaskular dan barah.



Ibu tiga orang anak perempuan ingin menjadi contoh yang baik kepada anak-anaknya dan masyarakat dengan menunjukkan pendidikan merupakan kunci yang baik bagi meningkatkan mobiliti sosial.



Dihubungi oleh Berita Minggu (BM), Dr Shebbrin berkongsi baginya pendidikan bukan sahaja menyokongnya untuk menyara keluarganya hari ini tetapi juga memberi kembali kepada masyarakat sebagai seorang penyelidik.



Walaupun bapanya tidak dapat melanjutkan pelajarannya disebabkan masalah kewangan, Dr Shebbrin berkata beliau sering menekan kepentingan pelajaran.



"Bapa saya telah bekerja sebagai seorang 'bell-man' dan ibu saya pula seorang jururawat pada masa itu. Kami tidak mempunyai banyak wang tetapi, mereka tetap mendorong saya untuk terus lanjutkan pengajian.



"Bapa saya selalu berkata, setelah mendapat pendidikan, ia akan bersama saya sepanjang hayat. Dari itu, saya mula memikirkan bagaimana pendidikan dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa saya," jelas beliau.



Disebabkan beliau tidak mampu untuk membayar yuran universiti ketika mengambil sarjana mudanya, Dr Shebbrin telah mengambil pinjaman pendidikan untuk terus mengejar impiannya.



Sebagai pelajar universiti, beliau juga telah bekerja sebagai seorang pengendali perkhidmatan pelanggan untuk membiayai kos sewa rumah serta kos sara hidupnya di Australia.



Malangnya, sebelum beliau berpeluang menggenggam ijazahnya, bapanya meninggal dunia pada tahun pertama di universiti akibat serangan jantung ketika bapanya berusia 47 tahun.



Sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Dr Shebbrin menghadapi tekanan dari luar untuk menghentikan pengajiannya dan kembali ke Singapura supaya dapat menjaga keluarganya.



"Ramai sebenarnya suruh saya kembali ke Singapura. Mereka berkata sebagai anak sulung, saya mempunyai tanggungjawab untuk menjaga mereka.



"Namun, saya memutuskan untuk menempuh masa yang sukar itu. Saya hanya ingin mencapai sesuatu yang dapat membanggakan ibu bapa saya dan teruskan pengajian," jelasnya.



Cabaran itu tidak sedikit pun menjejas pengajiannya dan beliau dipilih menjadi valediktorian dan mendapat pengiktirafan 'Golden Key Honor' kerana cemerlang dalam pencapaian akademiknya.



Mengongsi dengan lebih lanjut Dr Shebbrin, beliau telah kembali ke Singapura setelah itu dan bekerja di dan Konsortium Imej Bio Singapura (SBIC) Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) sebagai pegawai penyelidik selama lima tahun.



Namun, pengajian Dr Shebbrin tidak berhenti di sana, pada tahun 2014 beliau telah menerima biasiswa antarabangsa untuk menyambung pelajarannya dan mendapatkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Queensland di Australia dalam penyelidikan penyakit barah.



"Sepanjang perjalanan saya, ramai yang menyatakan saya sebenarnya tidak perlu belajar tinggi-tinggi kerana saya seorang perempuan.



"Bagi saya, pendidikan ini adalah untuk diri saya dan cara untuk saya membuktikan mereka salah. Kita perlu menukar pemikiran tradisional itu dan memotivasikan generasi muda kita untuk melakukan lebih," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >