MESKIPUN tidak layak ke peringkat menengah tahun lalu, Al'Shabry Mohamed Masduki, 13 tahun, bangkit dan lulus dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.
Malah, murid dari Sekolah Rendah Woodlands Ring itu juga telah menerima anugerah Edusave Kementerian Pendidikan (MOE) kerana menunjukkan peningkatan dalam tingkah laku dan pelajarannya.