SEPANJANG empat tahun menuntut di Sekolah Menengah Pasir Ris Crest, Mohamed Afiq Mohamed Aris pernah beberapa kali ponteng sekolah.
Namun anak bongsu tiga beradik itu bukannya tidak ke sekolah kerana malas atau tidak sihat tetapi kerana perlu membawa datuk dan neneknya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.