KEGHAIRAHAN sekitar 180,000 penonton - lebih 150,000 di Marina Bay dan lebih 26,000 di Padang - yang membanjiri dua kawasan utama sambutan Hari Kebangsaan Singapura (NDP) tahun ini begitu terasa dengan lautan manusia kelihatan seragam berpakaian baju merah putih demi menyambut hari lahir Singapura Ahad lalu.
Bagi salah seorang penonton perbarisan di Padang, Hajah Esah Moin, 82 tahun, kesukaran bergerak bukan penghalang baginya untuk menyaksikan NDP buat julung-julung kalinya.