BELASUNGKAWA: Mantan Presiden S R Nathan (1924 – 2016)

Berkhidmat untuk negara; sentiasa berjiwa rakyat

Mantan Presiden S R Nathan menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi. Mendiang berusia 92 tahun. Encik Nathan merupakan Presiden yang paling lama berkhidmat selama 12 tahun. Bermula sebagai pekerja sosial, beliau menyandang pelbagai jawatan penting dalam pemerintah, termasuk sebagai pegawai Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan seterusnya sebagai Ketua Jabatan Keselamatan dan Risikan dan diplomat sebelum dipilih menjadi Presiden keenam republik ini. Pada 2013, Encik Nathan diberi anugerah tertinggi Hari Kebangsaan - Darjah Temasek (Kelas Pertama). Beliau meninggalkan seorang isteri, dua anak dan tiga cucu. Berita Harian mendapatkan pandangan beberapa pemimpin masyarakat mengenai sumbangan mendiang kepada masyarakat dan negara.

"Encik S R Nathan terkenal di kalangan masyarakat Islam Singapura sebagai Ketua Negara yang rapat dengan rakyat. Sepanjang dua penggal sebagai Presiden Singapura, beliau hadir dalam pelbagai majlis Muslim, memaparkan keakraban dan hubungan dengan masyarakat. Kehadiran beliau di acara-acara ini mengesahkan komitmen dan penghargaan kepada masyarakat Islam dan terutamanya kepada kurang bernasib baik. Apabila hadir di majlis, Encik Nathan sentiasa menghabiskan masa untuk berinteraksi dengan masyarakat dan boleh dilihat mesra melibatkan penerima dan benefisiari, mencerminkan kepercayaan beliau yang tidak berbelah bagi masyarakat penyayang dan inklusif."

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.