Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berlaku lagi - kereta lawan arus trafik

Jan 05, 2017 | 10:43 AM



KES kereta dipandu bertentangan dengan arah lalu lintas berlaku lagi - pada awal pagi Khamis (5 Jan).



Kejadian itu dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kereta lain.



Dalam video yang diambil oleh Danny Eng dan dimuat naik ke media sosial seperti laman keselamatan jalan raya Facebook Beh Chia Lor dan roads.sg itu, kereta tersebut dapat dilihat memandu di lorong paling kanan.



Apabila pemandu kereta itu nampak lampu kereta yang salah arah itu, beliau terpaksa membelok ke kiri ke lorong lagi satu bagi mengelakkan kemalangan yang boleh berlaku.



Kejadian itu dikatakan berlaku di Rajah Expressway Ayer (AYE) arah ke Tuas, sebelum jalan susur ke Clementi Avenue 2, pada kira-kira 1.30 pagi.



Ini yang terbaru dalam rentetan kejadian kereta dipandu bertentangan aliran trafik.



Kejadian serupa berlaku pada Isnin (2 Jan) di Gateway Drive arah ke pusat beli-belah Westgate di Jurong East.



Pemandu kereta yang merakam kejadian itu juga terpaksa belok ke kiri untuk mengelakkan kenderaan salah arah itu.



Pada Disember lalu, ahli perniagaan Lim Chai Heng, 53 tahun, memandu Mercedes Benz-nya menentang arah lalu lintas di AYE, menyebabkan kemalangan pelbagai kenderaan dan kematian seorang lelaki.



Sebuah kereta Mercedes hitam juga dirakam oleh kamera berhenti di arah bertentangan aliran lalu lintas dekat simpang lampu isyarat di Bedok North pada 29 Dis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >