KUNCI menangani sikap Islamofobia terletak pada tangan masyarakat Islam sendiri dan golongan pemimpin agama memainkan peranan penting bagi menyerlahkan ciri-ciri Muslim yang sejati.
Demikian antara mesej Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (gambar), semasa dialog tertutup bersama sekitar 100 pelajar Singapura yang menuntut di Jordan, malam kelmarin.