SINGAPURA perlu bersatu padu sebagai sebuah masyarakat dan negara bagi memberi sokongan kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat gempa bumi di Sabah minggu lalu dan mengharungi tragedi itu bersama.
Ini dinyatakan Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, semasa ditemui di Masjid Ba'alwie, semalam.