Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bertambahnya ruang bagi solat Jumaat mula dilaksana

Nov 13, 2021 | 05:30 AM



MASJID-MASJID sekitar Singapura membuka lebih banyak ruang bagi solat Jumaat mulai semalam.



Jemaah juga boleh mengerjakan solat Jumaat pada setiap minggu dan tidak perlu menunggu giliran untuk membuat tempahan. Sementara itu, solat Jumaat juga diadakan lebih awal, selaras pada waktu zuhur yang lebih awal mulai semalam.



Sesi pertama dijadual berlangsung dari 12.45 hingga 1.30 tengah hari. Sesi kedua pula akan bermula dari 1.45 tengah hari hingga 2.15 petang atau 2 petang hingga 2.30 petang, bergantung pada saiz masjid. Sesi ketiga pula dijadual dari 2.30 hingga 3 petang.



Meninjau perubahan tersebut di Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau semalam, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, berkata beliau berharap masyarakat faham dan bekerjasama sedang perubahan kepada operasi masjid dilaksanakan.



"Hari ini (Semalam) kita lihat perubahan kepada proses tempahan dan masa yang lebih sesuai untuk solat Jumaat. Kita berharap perubahan ini akan terus memberi manfaat kepada jemaah kita," katanya sambil menggesa masyarakat untuk terus memberi sokongan dana kepada masjid-masjid supaya operasi dapat diteruskan dengan lancar.




Laporan lanjut: Kerja bersih masjid ditingkat sejajar ruang solat ditambah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >