Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bertumbuk dengan warden LTA: Pemandu Uber dihukum penjara, denda

Aug 17, 2016 | 10:52 AM



SEORANG pemandu Uber yang bertumbuk dengan seorang warden trafik dan menggunakan kata-kata kesat kepadanya dihukum penjara sehari dan denda $2,000 pada Selasa (16 Ogos).



Denda itu akan menjadi hukuman penjara tambahan dua minggu jika tidak dibayar.



Goh Kok Ling, 60 tahun, mengaku bersalah bergaduh dengan Tan Hock Guan, 51 tahun, sekali gus mengganggu ketenteraman awam, dan mencaci maki Tan dalam bahasa Hokkien di perhentian teksi Bugis Junction di Victoria Street pada kira-kira 7.15 malam 27 Nov tahun lepas.



Tan dikenakan hukuman sama Mei lalu.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Daphne Lim berkata Tan, seorang warden trafik Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) ketika itu, sedang berdiri di pintu masuk perhentian teksi tersebut apabila dia memberitahu Goh, yang memandu kereta Toyota Corolla Altis, supaya jangan masuk kerana perhentian itu hanya untuk teksi.



Tan sebaliknya menunjukkan kepada Goh tempat menghantar dan mengambil orang.



Dek tidak puas hati, Goh memberitahu Tan supaya bercakap kepada penumpangnya, yang mahu dijemput dari perhentian teksi.



Tan mengambil gambar kereta Goh selepas penumpangnya naik. Goh kemudian keluar dari keretanya, memegang bahu Tan dari belakang, dan mencabar beliau supaya menyamannya.



Tan memberitahu Goh supaya jangan menyentuhnya, sambil menambah bahawa dia telah mengambil video dan Goh boleh menjangka tindakan diambil terhadapnya.



Goh kemudian bersandar pada Tan dan mencercanya. Tan menjawab dalam bahasa Hokkien dan menumbuk perut Goh.



Pemandu Uber itu membalas dan mereka kemudian bertumbuk. Apabila Goh tergelincir dan jatuh, Tan menendangnya.



Mereka dileraikan oleh seorang pejalan kaki tetapi bertumbuk lagi kemudian dan dileraikan sekali lagi oleh orang yang sama.



Peguam Goh, yang disediakan oleh Skim Bantuan Guaman Jenayah, Encik Benny Tan, berkata dalam mitigasi bahawa anak guamnya mengalami kecederaan lebih serius disebabkan Tan.



Beliau berkata Goh terpaksa membayar hampir $20,000 bagi rawatan, khususnya untuk menggantikan dua giginya yang patah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >