Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Besarkan anak titipan usaha mulia: Mufti

Jul 16, 2017 | 05:30 AM



KELUARGA yang membuka pintu rumah dan hati mereka kepada anak titipan dipandang mulia dalam mata Islam, sama seperti keluarga yang mengambil anak angkat, kata Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.



Menurutnya, melindungi dan membesarkan anak itu dalam suasana kehidupan berkeluarga yang bahagia dan stabil adalah satu perbuatan yang terpuji di sisi agama.



Beliau berkata demikian semasa satu sesi dialog anjuran Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat, semalam.



Acara tersebut diadakan untuk meningkatkan pemahaman peserta mengenai fatwa serta maklumat penting berkaitan pengambilan anak angkat dan titipan.



PPIS juga baru-baru ini telah dilantik sebagai agensi titipan ketiga negara dan dijangka membuka pusat tersebut, yang diberi nama Pusat Oasis, bulan depan.



Di sesi dialog itu, Mufti berkata beliau akur ramai pasangan yang masih bimbang mengenai hal-hal berkaitan agama, terutama berkenaan soal aurat dan mahram.



Malah, kebimbangan itu menjejas hasrat sebilangan mereka menyertai skim keluarga titipan dan membuka rumah mereka kepada kanak- kanak yang memerlukan.



Dalam penerangannya kepada sekitar 100 peserta yang hadir, Mufti menerangkan sekitar tiga tahun dahulu, Jawatankuasa Fatwa telah menjelaskan bahawa isu aurat berlandaskan Islam bagi keluarga angkat boleh diaplikasikan juga untuk keluarga titipan.



Ini kerana tujuannya - iaitu menyediakan rumah yang selamat - adalah sama.



Menurut Jawatankuasa Fatwa, sukar untuk keluarga angkat mematuhi hukum aurat sepenuhnya kerana mereka diibaratkan sebagai golongan yang sering mempunyai interaksi dan pergaulan secara kerap antara satu sama lain.



"Jika terdapat halangan atau kesulitan dalam melaksanakan sesuatu yang disuruh Allah, maka kesulitan atau halangan itu perlu diatasi dan dihilangkan kerana jika tidak, ia akan mendatangkan mudarat," katanya.



Mufti menekankan, hakikatnya, mengambil anak titipan merupakan satu proses sementara buat anak tersebut kerana pada akhirnya, anak itu perlu dikembalikan kepada keluarga asal mereka.



Sementara itu, Pengurus Kanan Khidmat Titipan, Kementerian Sosial dan Pembangunan Keluarga, Cik Hazliya Noor, yang turut serta dalam sesi soal jawab berkata anak-anak yang menunggu untuk dipadankan dengan keluarga dalam senarai MSF merangkumi mereka yang baru lahir sehingga 18 tahun.



"Antara faktor yang menyebabkan anak ini dalam senarai titipan termasuk mereka yang pernah didera, dibiarkan dan tidak dipedulikan.



"Ibu bapa anak-anak ini juga ada di antara mereka dilanda penyakit atau dalam penjara," kongsinya.



Apabila ditanya, MSF berkata pihaknya tidak mempunyai statistik jumlah anak Melayu yang berada dalam senarai titipan.



Namun difahamkan, terdapat keperluan untuk menarik lebih ramai keluarga Melayu menyertai skim keluarga titipan itu.



Menyentuh tumpuan Pusat Oasis kelak, Presiden PPIS, Cik Rahayu Mohamad, pula berkata:



"Keluarga titipan merupakan satu fenomena yang baru dalam masyarakat kita. Justeru sesi hari ini diharap dapat memberi penjelasan berkaitan interaksi seharian keluarga titipan dalam menjalankan amanah ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >