AKHBAR Berita Harian akan mengadakan Forum Guru pada Sabtu, 25 Oktober, di Auditorium Perpustakaan Serantau Woodlands.
Forum bertemakan Mitos dan Impak Akhbar Terhadap Fikrah Pelajar itu menampilkan penceramah undangan Dr. Samsudin Suhaili, Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar), Fakulti Sains Kemanusiaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.