BH, TTSH anjur forum kesihatan

BERITA Harian (BH) akan menganjurkan satu lagi forum kesihatan bulan ini bagi meningkatkan kesedaran di kalangan anggota masyarakat tentang dua jenis barah yang paling kerap dihidapi lelaki dan wanita Melayu di Singapura.

Forum setengah hari itu akan membincangkan tentang barah usus besar dan buah dada, siapa berisiko menghidapinya dan bagaimana mengesan simptom-simptomnya.

Ia juga akan menerangkan secara terperinci tentang pemeriksaan kesihatan yang boleh dijalani golongan berisiko serta manfaatnya dalam mengesan dan menghapuskan ketumbuhan dalam tubuh sebelum ia membesar dan merebak menjadi barah.

Anjuran BH dan Hospital Tan Tock Seng (TTSH), ia akan diadakan secara percuma mulai 2 petang pada 25 Mei ini di TTSH.

Maklumat lanjut di BH cetak esok.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.