Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biar pun takut, namun tetap terhibur dengan ‘Kak Pon’

Oct 27, 2023 | 11:38 AM



Salah satu cara mengatasi rasa takut terhadap sesuatu perkara adalah untuk hadapi dan alaminya sendiri.

Itulah yang dilakukan Cik Qurratu Ain Yusman apabila beliau dan dua lagi saudara, Cik Sarah Abdullah dan Cik Julia Salihin, mengunjungi acara Malam Halloween Luge di Sentosa pada Sabtu (21/10).

Acara Halloween, yang dipercayai berasal dari Celtic, England, merupakan pesta untuk menyambut musim menuai pada penghujung musim panas, apabila orang ramai pada waktu itu menyalakan unggun api dan memakai kostum bagi menghalau hantu.

Ia kini secara amnya disambut secara simbolisme di kebanyakan negara.

Baru sahaja Cik Ain ingin berjinak-jinak dengan suasana seram, beliau dan saudara-maranya perlu berkongsi tempat duduk dengan ‘kak Pon’ untuk menaiki kerusi layang (chairlift) ke atas bukit.




@qurratuain.y

"tkpe saya pun tak tau masak" HAHAHAHHAHA

♬ original sound - qurratuuu🪐 - qurratuuu🪐



Kak pon itu adalah watak yang dimainkan oleh pelakon semata-mata untuk hiburan kepada para pelawat.

Adegan tersebut dirakam Cik Ain dan dimuat naik di akaun Tiktok beliau pada 22 Oktober, yang tular dalam kalangan warga net.

Setakat 26 Oktober, video beliau telah menerima lebih daripada dua juta tontonan.

Video yang dimuat naiknya lebih mencuit hati apabila beliau dan saudara-maranya berseloroh bahawa mereka tidak pandai memasak.

Semasa dihubungi Berita Harian (BH), Cik Ain berkongsi bahawa beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang agak penakut dan ingin menyahut cabaran ini untuk mengatasi rasa takut itu.


Guru jagaan pelajar berusia 19 tahun itu menjelaskan: “Selain daripada menaiki permainan, salah satu sebab saya sertai (acara itu) adalah untuk atasi rasa takut.”

Beliau menambah sepanjang perjalanan berkongsi tempat duduk dengan ‘kak pon’, beliau tidak kering gusi kerana masih terkejut dengan apa yang berlaku.

“Pada mulanya saya buat bodoh saja kerana tidak jangkakan ‘kak pon’ untuk naik.

“Tiba-tiba pada saat akhir, makhluk itu duduk di sebelah. Saya tak dapat berhenti ketawa… kerana masih proses apa yang berlaku,” ujar anak bongsu di kalangan tiga beradik itu.

Sungguhpun demikian, beliau memberi tabik kepada pelakon-pelakon yang terlibat untuk menghiburkan para pengunjung kerana menurutnya, sebahagian mereka agak kurang menghormati pelakon.

“Ada daripada pelanggan yang… pekik kepada mereka (pelakon). Padahal mereka (pelakon) hanya lakukan tugasan.

“Saya rasa jika semua orang menghormati antara satu sama lain, ia lebih baik kerana dengan cara begitu, semua boleh berseronok,” kata Cik Ain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >