Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biarkan pembantu rumah kebuluran: Suami isteri dihukum penjara, denda

Mar 27, 2017 | 02:36 PM



SEPASANG suami isteri warga Singapura yang mengaku bersalah membuat pembantu rumah mereka kebuluran dihukum penjara dan denda pada Isnin (27 Mac).



Pedagang bebas Lim Choon Hong, 47 tahun, dijatuhi hukuman penjara tiga minggu dan denda $10,000. Isterinya, Chong Sui Foon, juga 47 tahun, dipenjara tiga bulan.



Pendakwa raya, yang meminta hukuman maksimum penjara setahun bagi kedua-duanya, merayu terhadap hukuman tersebut. Pasangan itu bebas dengan ikat jamin $3,000 setiap seorang sementara menunggu rayuan tersebut.



Lim didapati bersalah pada Mac tahun lalu bagi tuduhan melanggar Penggajian Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja) 2012, yang memerlukan majikan membayar dan menyediakan makanan mencukupi dan rawatan perubatan bagi pembantu rumah.



Chong didapati bersalah bersubahat dengan Lim dalam melakukan kesalahan itu.



Pasangan itu menyediakan pembantu rumah mereka, Cik Thelma Oyasan Gawidan, hanya dua hidangan makanan sehari di rumah lama mereka, sebuah kondominium di Boulevard Residence di Cuscaden Walk, menyebabkan berat badan warga Filipina berusia 40 tahun itu turun daripada 49kg kepada 29kg dalam tempoh 15 bulan.



Hidangan pertama, yang biasanya disediakan sekitar 1 hingga 2 pagi terdiri daripada dua hingga 3 keping roti putih kosong dan satu hingga dua bungkus mi segera. Kadang-kadang, Chong akan campurkan bahagian kecil sayur-sayuran dan daging pada mi segera itu.



Hidangan kedua, yang disediakan pada waktu lewat pagi atau awal petang, terdiri daripada lima hingga enam keping roti putih kosong.



Lim membelikan makanan Cik Gawidan.



Lim, Chong dan anak-anak mereka makan makanan berbeza, yang lebih banyak dan lebih berzat daripada makanan pembantu rumah mereka.



Cik Gawidan juga terpaksa meminta kebenaran sebelum minum air, dan Chong akan memberi beliau air dari paip.



Cik Gawidan putus haid selepas Februari 2013 dan rambutnya mula gugur beberapa bulan kemudian.



Chong juga melarang Cik Gawidan menggunakan tandas di rumah mereka. Beliau terpaksa menggunakan tandas awam di kondominium tersebut. Cik Gawidan dibenarkan mandi hanya sekali atau dua kali seminggu dan Chong berdiri di dalam tandas semasa beliau mandi.



Semasa perbicaraan, Lim berkata isterinya sebelum ini mengalami anoreksia nervosa - keinginan keterlaluan untuk mengurangkan berat badan dengan tidak makan - dan daripada gangguan obsesif kompulsif, keadaan yang menyebabkan seseorang memiliki pikiran dan perilaku keterlaluan.



Disebabkan apa yang disukai Chong, gaya hidup mereka "berkisar pada makanan dan kebersihan", kata Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >