LEBIH $1 juta dalam bentuk biasiswa telah disampaikan kepada 373 penerima atlit muda yang layak di majlis penyampaian Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim di ITE Central semalam.
Tetamu terhormat, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga yang juga Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), Encik Tan Chuan-Jin, menyampaikan biasiswa itu kepada sebahagian atlit.