Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Biasiswa A*Star bagi pengajian PhD ganjaran kerja keras, sokongan ibu

Aug 10, 2023 | 06:39 PM



Apabila diuji cabaran, Cik Sirin Kamarulzaman sering mengingatkan dirinya bahawa setiap ujian ada penyelesaiannya.

Pegangan itu – dan titik peluh ibunya, Cik Sha Shamsi, 52 tahun, seorang ibu tunggal – membuat Cik Sirin, 26 tahun, tidak membuang sebarang masa atau peluang, sebaliknya memanfaatnya sebaik mungkin.

Segala usaha dan cabaran yang dilalui Cik Sirin berbaloi – beliau dianugerah Biasiswa Lulusan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Biasiswa itu disampaikan pada 4 Ogos di majlis yang turut dihadiri Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.

Menceritakan tentang sokongan ibunya, seorang jurusolek, membuat beliau tidak ingin membazir wang hasil titik peluh ibunya, Cik Sirin berkata: “Ibu saya yang membiayai semua kos pelajaran saya, dari dulu hingga sekarang. Beliau tidak izinkan saya kerja sambil belajar atau mengambil sebarang kerja sambilan sekali pun. Semuanya melalui kerja kerasnya sahaja.

“Ibu saya mahu saya tumpukan perhatian pada pelajaran. Kerana itu, saya sangat berterima kasih kepadanya dan bekerja keras sedaya upaya.”

Cik Sirin akan melanjutkan pengajian PhD dalam bidang sains material di Universiti Teknologikal Nanyang (NTU) tidak lama lagi.

Beliau mendapat tahu tentang biasiswa itu semasa bekerja di sebuah syarikat A*Star sebagai jurutera penyelidikan kanan. Selepas bekerja tiga tahun, beliau berminat menyambung pengajian di peringkat PhD.

“Saya sangat gembira kerana dianugerah biasiswa ini. Biasiswa ini berprestij. Pada mulanya saya tidak pasti apakah saya layak menerimanya. Saya berasa menerimanya seperti satu pencapaian dan ia memberi saya perangsang untuk melakukan yang terbaik dalam pengajian PhD saya.

“Dengan biasiswa ini, saya dapat tumpukan perhatian pada penyelidikan saya, dan ia juga boleh membantu bagi perbelanjaan persidangan atau penyelidikan di luar negara,” kata Cik Sirin.

Beliau mempunyai dua adik perempuan berumur 21 dan 20 tahun – kededua sedang menuntut di Universiti Buffalo, Institut Pengerusan Singapura (SIM), dalam bidang komunikasi.

“Ibu saya seorang ibu tunggal. Beliau yang membiayai perbelanjaan persekolahan kami tiga beradik. Ini termasuk kos program pertukaran luar negara ke London saya pada 2019.

“Kerja keras ibu saya mendorong saya memanfaatkan pelbagai peluang dan saya sangat berterima kasih kepadanya.

“Saya bukan seorang yang pandai. Saya harus bekerja sangat keras dan memerlukan bantuan daripada sumber luar, seperti guru tuisyen dan sebagainya,” tambah Cik Sirin.

Beliau berpeluang menjadi penyelidik bebas sepanjang melalui pengajian PhD selama empat tahun.

Mengenai keyakinannya bahawa bagi setiap ujian ada penyelesaiannya, Cik Sirin berkata: “Jika sedang menimbangkan untuk mendalami sesuatu yang sukar, jangan fikir dua tiga kali, teruskan sahaja. Kuatkan semangat dan teruskan, ia akan berbaloi.”

Mengenai perasaannya menerima biasiswa itu, beliau berkata: “Tidak mungkin saya akan berada di sini tanpa dorongan dan sokongan ibu saya. Keluarga saya merupakan sumber sokongan utama saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya dan mahu beliau tumpukan perhatian pada dirinya sendiri sekarang. Dari dahulu hingga sekarang, ibu sentiasa mengambil berat. Kini, saya harap beliau dapat fikirkan tentang kebahagiaanya kerana beliau sudah lakukan yang terbaik untuk anak-anaknya.”

Semasa berucap di majlis penyampaian biasiswa itu, Dr Tan berkata Singapura harus bersedia untuk menangani cabaran pada masa hadapan, yang termasuk penjagaan planet, kesihatan ekonomi dan kesihatan penduduk.

Beliau juga menggalak penerima biasiswa berani berfikir dan memupuk nilai kreatif serta inovatif ke arah perubahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >