Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bicara kes lelaki rogol wanita 3 kali di 3 tempat dalam 20 minit bermula

May 03, 2016 | 01:44 PM



DALAM tempoh 20 minit, seorang lelaki berusia 26 tahun didakwa merogol seorang wanita berusia 24 tahun tiga kali di tiga tempat berbeza di sepanjang Martin Road, menuju ke River Valley Close, pada awal pagi malam Tahun Baru Cina pada 2013.

Seluar dalam wanita itu yang koyak ditemui bertaburan di kawasan belukar di tempat pertama, manakala zip berlumuran darah tertanggal dari pakaiannya.

Menyifatkannya sebagai "kes nekad dan biadap", pendakwa memulakan hujah pada Selasa (3 Mei) terhadap Lim Choon Beng, warga Singapura yang kini berusia 30, yang dikenakan tiga pertuduhan merogol, tiga tuduhan serangan seksual dan satu pertuduhan mencabul kehormatan.

Lim mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan dalam perbicaraan yang dijadualkan selama lapan hari di Mahkamah Tinggi.

Dia mendakwa tidak ingat perbuatannta. Dia dibela oleh Encik Anand Nalachandran di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah.

Saksi pertama ialah wanita itu, seorang artis persembahan dari China, yang memberi keterangan secara tertutup. Mahkamah memerintahkan identitinya tidak didedah kepada awam.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lin Yinbing dalam kenyataan pembukaannya berkata wanita tersebut, kini 27 tahun, akan memberi keterangan mengenai cara beliau ditahan dan diserang secara seksual di jalan raya awam.

Pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan forensik untuk membuktikan kes terhadap Lim.

DNA Lim dikatakan ditemui pada coli wanita itu, darah beliau pada pakaian Lim, dan tanah pada pakaian mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >