Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bicara pasangan editor laman The Real Singapore: Seorang akan akui salah menghasut

Mar 07, 2016 | 12:47 PM



PERBICARAAN dua orang terlilat dalam laman web politik The Real Singapore (TRS), yang sudah dibuabar, pada pagi Isnin (7 Mac) dibuka dengan seorang daripada defendan menunjukkan dia akan mengaku bersalah.

Ai Takagi, 23 tahun, menandakan dia akan mengaku bersalah dan kesnya akan disebut pada 2.30 petang Selasa (8 Mac).

Dia dan suaminya, Yang Kaiheng, 27 tahun, dikenakan tujuh tuduhan hasutan bagi artikel yang disiarkan antara Oktober 2013 dan Februari tahun lalu, yang didakwa menggalak niat jahat dan permusuhan antara kaum berlainan atau golongan di Singapura.

Dengan kes terhadap Yang dijadualkan diteruskan pada Jumaat (11 Mac), Timbalan Pendakwa Raya G. Kannan berkata pasangan itu "sangat berjaya dalam usaha mereka mendapat keuntungan daripada niat jahat dan permusuhan yang mereka jaja".

Berdasarkan penyata bank mereka, mereka memperoleh antara A$20,000 ($20,420) hingga lebih AU$50,000 setiap bulan, katanya.

Antara artikel kontroversi yang diterbitkan pasangan itu ialah satu yang secara palsu menyatakan kononnya sebuah keluarga Filipina telah menyebabkan satu insiden antara polis dan peserta perarakan Thaipusam.

Hukuman maksimum di bawah Akta Hasutan ialah denda $5,000 dan penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan.

Mereka turut dikenakan satu tuduhan gagal menunjukkan dokumen kepada polis.

Dalam satu kenyataan, peguam pasangan itu, Encik Choo Zheng Xi, berkata: "Hari ini, pelanggan saya, Cik Ai Takagi, telah mengambil tanggungjawab bagi peranannya dalam mengendalikan The Real Singapore. Beliau telah mengambil pengakuan bersalah berhubung tuduhan di bawah Akta Hasutan. Ini bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuatnya."

Encik Choo berkata Yang bercadang minta dibicarakan bagi membersihkan namanya dan "akan mengemuka pembelaan kuat dengan harapan mendapat keadilan".

Pihak pendakwaan akan memanggil enam saksi - lima pegawai polis, termasuk pegawai penyiasat Roy Lim dan seorang wanita, Cik Gowri, yang akan membuat kenyataan berkaitan artikel TRS mengenai Thaipusam.

Laman TRS ditutup oleh editornya Mei lalu, selepas Lembaga Pembangunan Media (MDA) menggantung lesen bagi mereka mengendalikan laman itu dan memerintahkan mereka menurunkannya daripada dalam talian.

Perbicaraan dijangka berlangsung 14 hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >