Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bicara rogol ibu: Bahan uji faraj tidak diuji dek tercemar

Jul 22, 2016 | 10:13 AM



BAHAN uji faraj yang diambil daripada seorang wanita yang mendakwa dirogol anaknya tidak pernah diuji bagi mengesan air mani kerana berlaku campur aduk.

Mahkamah Tinggi diberitahu mengenai perkara itu pada hari keenam perbicaraan rogol tersebut, yang sejauh ini belum menunjukkan bukti fizikal muktamad terhadap tertuduh.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol dan mencabul ibunya, 56 tahun, di rumah mereka pada kira-kira 2.30 pagi pada 4 Okt 2013.

Dia anak kedua daripada tiga anak lelaki wanita itu daripada perkahwinan pertama, dan tinggal bersama ibu serta bapa tirinya di sebuah flat satu bilik.

Peguamnya berhujah sebelum ini bahawa ibu dan bapa tirinya berpakat menuduh anak guamnya kerana mahu dia meninggalkan flat itu

Pada Khamis (21 Jul), pakar sakit puan Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Tan Wei Ching, memberi keterangan tentang pemeriksaan perubatan beliau ke atas wanita tersebut beberapa jam selepas dakwaan perkosaan itu.

Isu bahan uji faraj timbul apabila Dr Tan disoal peguam bela Andy Lem mengenai satu e-mel yang dihantar oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Mei 2014, yang bertanya di mana bahan uji itu.

Dr Tan berkata bahan uji itu, yang diletak di dalam sebuah bekas basah, dihantar dari SGH ke HSA pada 4 Okt - hari kejadian dan bahan uji faraj itu diambil - tetapi ditolak oleh HSA kerana ia diletak di dalam "tempat tidak sesuai".

Ia dipulangkan kepada jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) SGH tiga hari kemudian tetapi Dr Tan berkata beliau tidak mengetahui perkara ini.

Siasatan lanjut menunjukkan jabatan A&E kemudian menyerahkan bahan uji itu kepada makmal mikrobiologi SGH.

Encik Lem berkata "agak mengejutkan" Dr Tan diberitahu oleh HSA hanya kira-kira enam bulan kemudian, pada Mei 2014.

"Saya terkejut juga," jawab Dr Tan, yang tidak ditanya di mahkamah mengapa bahan uji itu diletak di dalam bekas basah.

Pada hari pertama perbicaraan, seorang penganalisis DNA daripada HSA memberi keterangan bahawa amalan biasa ialah menggunakan bekas kering kerana kelembapan boleh mencemar bahan uji.

Dalam laporan perubatannya, Dr Tan berkata beliau tidak mengesan sebarang pendarahan, luka, lebam atau luka pada badan wanita itu.

Encik Lem mencadangkan berdasarkan cerita wanita itu mengenai serangan seksual tersebut, lebih mungkin daripada tidak bahawa beliau akan mengalami kecederaan fizikal.

Dr Tan menjawab memang mungkin, tetapi berkata ketiadaan kecederaan tidak bermakna serangan tidak berlaku.

Perbicaraan disambung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >