Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bidadari bakal ada pusat tukaran bas bawah tanah pertama

Sep 01, 2014 | 08:10 PM



ESTET perumahan baru Bidadari akan menempatkan pusat tukaran bas berhawa dingin di bawah flat-flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) - yang pertama di Singapura.


Pusat tukaran bas itu, yang terletak bersebelahan dengan stesen MRT Woodleigh, dijangka siap menjelang 2019.


Ia akan tersembunyi daripada pandangan laluan jalan raya, tempat meletak kereta dan taman yang dikelilingi blok flat, menurut satu pelan HDB yang dilihat oleh The Straits Times (ST).


HDB telah memberikan lukisan dan taklimat rekaan kepada arkitek dan jurutera minggu lalu kerana ia mengundang mereka agar memberikan pelan kejuruteraan dan seni bina bagi estet perumahan baru itu.


Pusat tukaran bas itu adalah sebahagian daripada projek perumahan, komersial dan pengangkutan yang akan membentuk pusat bandar baru itu.


Selain pusat tukaran bas, projek itu akan mempunyai pusat makanan dan 360 flat, yang akan dibahagikan kepada flat- flat tiga dan empat bilik.


Ia merupakan antara 10,000 flat HDB dan 1,000 rumah privet yang akan dibangunkan di bekas tapak tanah perkuburan itu.


Flat-flat itu akan mempunyai ciri-ciri mesra alam, misalnya tangga flat itu akan mempunyai lampu LED dengan deria yang mengesan pergerakan dan lif yang menggunakan bateri yang dicas menggunakan pergerakan lif itu seperti kereta hibrid.


Penyelidik pengangkutan, Encik Lee Der Horng, berkata pusat tukaran bas itu akan memudahkan penduduk HDB yang kebanyakannya tidak memiliki kereta.


"Dengan pusat tukaran bas terletak bersebelahan rumah, tidak ada sebab mengapa mereka tidak harus menggunakan pengangkutan awam,'' ujar profesor di Universiti Nasional Singapura (NUS).


Namun, pakar hartanah Encik Ku Swee Yong bimbang ia akan mengotorkan udara dan membuat sekitaran bising.


"Kos binaan dan pengendalian di bawah tanah adalah lebih tinggi dan ini boleh mengambil kira bil elektrik bagi membuat pusat itu berhawa dingin,'' ujarnya.


Sementara itu, HDB juga ingin menjadikan Bidadari sebuah estet yang mempunyai kemudahan dan laluan bagi penunggang basikal.


Sekurang-kurangnya satu ruang tempat meletak basikal disediakan bagi setiap enam flat, nisbah yang serupa bagi motosikal.


Difahamkan ini kali pertama HDB melakarkan nisbah sebegitu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >