Bila Hang Tuah ketemu Malek KL Gangster

INGIN menyaksikan 'Hang Tuah' berbahas dengan 'Malek KL Gangster' tentang media sosial?

Turun sahaja di gelangang bahas di Muzium Tamadun Asia (ACM) pada ahad ini untuk saksikan selebriti Melayu tempatan bertikam lidah bagi menegakkan mauduk masing-masing dalam watak yang diberikan antaranya Hang Tuah, Hang Jebat, Cikgu Bedah, Mak Dara dan Malek KL Gangster.

Perbahasan mesra ini adalah antara 75 kegiatan sempena Bulan Bahasa 2014 yang dianjurkan dari esok hingga 30 September.

Lusa nanti, selama dua jam bermula dari 8 malam di laman depan ACM, orang ramai berpeluang berhibur hati menyaksikan 'Pentas Seloka' yang menampilkan Asnida Daud, Sufie Rashid, Rahimah Rahim, dan Rausyanfikir.

Terdapat persembahan istimewa oleh Cik Asnida Daud dan Rausyanfikir untuk mengingati Allahyarham Esham Jamil yang turut menganggotai kumpulan Rausyanfikir bersama Encik Art Fazil dan Encik Mohd Khair Mohd Yasin.

Ibu bapa boleh mengalak anak-anak berlatih bahasa Melayu lisan dan tulisan dalam sebuah sudut membaca interaktif di mana sekeluarga dapat membaca bersama sambil melakonkan babak-babak melalui sofwe bercerita digital bernama "Moo-O".

Senarai penuh acara bagi pesta dua hari dan sepanjang Bulan Bahasa boleh didapatkan di laman mbms.sg.

Pengguna telefon bijak atau tablet juga boleh memuat turun aplikasi baru Gerbang Bahasa daripada Apple Store dan Google Play secara percuma.

Aplikasi gagasan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) itu memberi perkembangan terkini kegiatan kebahasaan sepanjang tahun, menjangkau Bulan Bahasa.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.