Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan dan belanja pelancong merosot

Oct 15, 2014 | 04:42 PM



PERBELANJAAN pelancong dan ketibaan pelawat antarabangsa buat suku kedua tahun ini berkurangan berbanding dengan tahun lalu.


Menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB), jumlah perbelanjaan pelancong jatuh sebanyak 3 peratus kepada $5.6 billion.


Ini disebabkan oleh kurangnya perbelanjaan membeli-belah, terutama sekali daripada pelancong China, Indonesia, dan Malaysia.


Bilangan ketibaan pelawat antarabangsa juga menjunam sebanyak 6 peratus kepada 3.6 juta dalam suku kedua.


STB dalam kenyataannya hari ini berkata, bilangan ketibaan pelawat dari China terjejas disebabkan oleh undang-undang pelancongan baru yang telah dikuatkuasakan negara itu pada Oktober tahun lalu.


Kejadian-kejadian lain seperti pergolakan politik di Thailand, juga telah mengakibatkan kelembapan dalam kadar lawatan mereka di rantau ini.


Namun, hotel-hotel telah menunjukkan pencapaian lebih baik pada suku kedua dengan anggaran pendapatan hotel yang diwartakan sebanyak $0.8 billion, 5.2 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >