Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan kes demam denggi bertambah semula

Jul 20, 2016 | 08:30 AM



KES demam denggi meningkat semula sedang Singapura memasuki tempoh penyakit itu biasanya memuncak, dengan jumlah kes melebihi 200 seminggu bagi minggu keempat berturut-turut.



Sebanyak 223 kes dilaporkan minggu lalu, lebih rendah sedikit daripada 246 pada minggu sebelumnya.



Pada 25 Jun, seorang wanita berusia 72 tahun di Simei menjadi korban keenam denggi di sini tahun ini. Tahun lalu, empat orang mati akibat virus bawaan nyamuk itu.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) telah "menjangka trend meningkat denggi pada bulan-bulan akan datang".



Sejak April, NEA menemui 50 peratus lebih banyak nyamuk Aedes terperangkap dalam perangkap Gravitrapnya di seluruh negara. Nyamuk itu menyebarkan virus denggi.



Sejumlah 9,641 kes dilaporkan tahun ini. Sepanjang tahun lepas, lebih 11,200 orang disahkan menghidap penyakit itu.



NEA berkata pada Februari bahawa kes tahun ini mungkin melebihi 30,000 - lebih tinggi daripada jumlah rekod 22,170 kes yang dilaporkan pada 2013.



Kini terdapat 44 kelompok denggi aktif di Singapura, berkurangan daripada 49 minggu lepas. Daripada jumlah itu, lapan diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.



Kelompok paling besar ialah Dunbar Walk-Telok Kurau, dengan 70 kes telah dilaporkan sejak kelompok itu bermula. Sebanyak 12 daripadanya berlaku dalam tempoh dua minggu lalu.



Kelompok Jalan Ismail-Lorong Marican di Eunos mempunyai 49 kes, sementara Admiralty Drive-Sembawang Drive 48.



Bekas dalam rumah kekal sebagai tempat pembiakan paling biasa bagi nyamuk Aedes di rumah, diikuti oleh piring atau dulang pasu bunga periuk dan bekas hiasan.



Menyusuli kematian terakhir pada 25 Jun, NEA menemui dan memusnahkan tapak pembiakan nyamuk dalam pemegang galah jemuran di Blok 135, Simei Street 1.



NEA dan MOH mengingatkan penduduk supaya menutup pemegang galah jemuran apabila ia tidak digunakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >