Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan kes tipu cecah rekod tertinggi pada 2020

Feb 09, 2021 | 10:10 PM



BILANGAN kes penipuan yang dilaporkan tahun lalu mencapai rekod tinggi, meningkat sebanyak 65.1 peratus daripada 2019.



Penjenayah yang terlibat pula menggelapkan lebih $201 juta daripada mangsa.



Mengikut perangkaan yang didedahkan polis pada Selasa (9 Februari), sebanyak 15,756 kes penipuan yang dilaporkan ini telah menyebabkan kadar jenayah keseluruhan berada di paras tertinggi sejak 2009.



Jika penipuan dikecualikan, jumlah jenayah pada 2020 akan berkurangan sebanyak 15.3 peratus kepada 21,653 kes daripada sejumlah 25,570 kes pada 2019.



Penipuan e-dagang, jenis penipuan yang paling kerap dilaporkan tahun lalu, pula bertambah sebanyak 19.1 peratus kepada 3,354 kes yang dilaporkan berbanding 2019. Polis menambah pada Selasa bahawa kenaikan jumlah kes itu sebahagiannya berpunca daripada tambahan urusan jual beli dalam talian di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Penolong pengarah Divisyen Jenayah Komersial Khusus di Jabatan Ehwal Komersial (CAD), Timbalan Penolong Pesuruhjaya Aileen Yap, berkata polis secara aktif akan menyaring nama samaran dalam talian, pautan URL dan iklan daripada laporan polis dan kemudian mengirimkannya ke pasar maklumat dalam talian.



Tujuannya ialah bagi meluputkan operasi yang tidak wajar dan menghentikan mereka daripada meneruskan semua penipuan ini.



Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) telah melancarkan aplikasi ScamShield pada November tahun lalu bagi menyaring pesanan SMS yang dikirimkan dan panggilan telefon yang dibuat penipu ini. Ia boleh dimuatturunkan pengguna iPhone dengan versi Android sedang dibangunkan.



Pengarah CAD David Chew pula berkata sedang pihak berkuasa telah berusaha mengekang kes penipuan ini, bilangannya terus bertambah.



Khususnya bagi penipuan e-dagang, jumlah keseluruhan yang ditipu meningkat sebanyak $6.9 juta tahun lalu, daripada $2.3 juta pada 2019. Jumlah terbanyak dalam satu kes penipuan pula ialah $1.9 juta.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >