Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan pekerja diberhentikan naik tahun lalu

Apr 24, 2014 | 05:08 PM



LEBIH ramai pekerja diberhentikan tahun lalu disebabkan penyusunan semula syarikat-syarikat dan kos lebih tinggi di sini.


Perangkaan terbaru Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan seramai 11,560 pekerja diberhentikan tahun lalu, berbanding 11,010 pada 2012.


"Penyusunan semula proses perniagaan bagi menikmati keberkesanan kerja yang lebih baik, merupakan sebab utama pemberhentian itu tahun lalu, menjejas 40 peratus daripada pekerja yang dibuang tahun lalu. Ia merupakan satu kenaikan berbanding 37 peratus pada 2012,'' ujar kenyataan MOM semalam.


Kos yang tinggi dan perubahan struktur perniagaan merupakan sebab lain berlakunya pemberhentian tersebut.


Menurut MOM, golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) lebih terjejas terhadap pemberhentian itu. Bagi setiap 1,000 PMET, 7.3 pekerja diberhentikan.


Ini berbanding 5.7 bagi setiap 1,000 pekerja pengilangan dan berkaitan, serta 2.8 bagi setiap 1,000 pekerja kerani, penjualan dan perkhidmatan.


Namun, kadar pengangguran kekal rendah bagi PMET berbanding pekerjaan yang lain dan jumlah penduduk tempatan yang diberhentikan dari jawatan PMET mencapai 4,940 pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >