Bilangan pesalah dadah ditangkap merosot

BILANGAN penyalahguna dadah yang diberkas tahun lalu merosot 14 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata, pihaknya telah memberkas 3,085 penyalahguna dadah tahun lalu, berbanding 3,581 pesalah pada 2013.

Daripada bilangan tersebut, satu dalam tiga atau 1,058 pesalah merupakan penyalahguna baru - bilangan yang lebih tinggi sedikit berbanding 2013.

Dadah yang dirampas tahun lalu pula bernilai sekitar $8.14 juta - sekitar 60 peratus lebih rendah nilainya berbanding dengan tahun sebelumnya.

Dadah heroin dan methamphetamine, atau "Ice", kekal merupakan dua jenis dadah yang selalu disalahgunakan, dengan sekitar 92 peratus mereka yang ditangkap itu mengambil salah satu daripada dadah tersebut, kata CNB dalam kenyataannya hari ini, Isnin.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.