Bill Clinton akan hadiri acara persemadian Encik Lee pada Ahad ini

MANTAN Presiden Amerika Syarikat, Encik Bill Clinton akan memimpin satu delegasi peringkat tinggi Rumah Putih ke Singapura untuk menghadiri upacara persemadian mendiang Encik Lee Kuan Yew, Ahad ini.

Delegasi tersebut termasuk duta besar Amerika Syarikat ke Singapura Encik Kirk Wagar, mantan duta besar Amerika Syarikat ke Singapura, Encik Steven Green, dan mantan penolong kepada presiden bagi hal ehwal keselamatan nasional, Encik Thomas Donilon.

Ahli politik Amerika yang terkenal, Encik Henry Kissinger, yang bersahabat rapat dengan mendiang Encik Lee juga akan menghadiri upacara itu.

Kesemua anggota delegasi itu mempunyai hubungan kuat dengan Asia. Encik Donilon dianggap penyokong kuat bagi pentadbiran Obama terhadap kehadiran Amerika Syarikat di Asia.

Semalam Setiausaha Negara John Kerry menyatakan, Amerika Syarikat akan menghantar satu delegasi peringkat tinggi ke Singapura kerana mendiang Encik Lee 'amat pro-Amerika dan rapat dengan Amerika Syarikat dan dianggap pemikir strategik sepanjang hayatnya'.

Timbalan Setiausaha Negara, Encik Tony Blinken, juga berada di kedutaan Singapura untuk menulis ucapan takziahnya kepada mendiang Encik Lee.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.