Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bincang mitos tentang barah buah dada

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



PELBAGAI mitos berkenaan barah buah dada telah dibincangkan dan dijelaskan dengan terperinci dalam satu perbincangan.



Perbincangan tersebut yang dianjurkan bersama oleh Berita Harian (BH) dengan kerjasama Yayasan Barah Buah Dada, telah disiarkan di Facebook BH bermula semalam.



Antara yang dikupas termasuk mitos berkenaan penggunaan coli yang berwayar, yang boleh menyebabkan barah buah dada serta penggunaan deodoran atau produk antipeluh.



Konsultan kanan pakar onkologi perubatan di Pusat Barah Parkway serta wakil dari BCF, Dr Wong Chiung Ing, berkata kesemua mitos itu merupakan satu salah tanggapan yang sering dikaitkan dengan barah buah dada.



"Sebenarnya barah buah dada bukan terjadi akibat faktor luaran, tetapi sebaliknya faktor dalaman seperti sel dalam badan," ujarnya.



Ustazah Kalthom Isa yang juga merupakan antara tetamu yang diundang untuk memberikan pencerahan tentang topik tersebut turut memberikan sudut pandangan Islam mengenai unsur rawatan dan pencegahan barah tersebut.



Beliau menggesa agar wanita Melayu/Islam mengelakkan daripada mendapatkan rawatan "batin" yang belum tahu kesahihannya.



Bagi mereka yang ingin menyaksikan sepenuhnya perbincangan itu, anda boleh ke akaun Facebook Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >