BAGAIKAN kembali ke bangku sekolah, dua bintang popular industri perfileman Malaysia, Lisa Surihani dan Neelofa, tampak selesa dikelilingi remaja daripada kampus setempat.
Namun, sejak 'mendarat' ke Singapura bagi sesi latihan, penggambaran dan perbincangan filem Sinaran The Movie, hujung minggu lalu, mereka perlu gigih menelaah pelajaran penjiwaan watak dan menghadiri kelas tarian.