MESKIPUN kawalan keselamatan bagi acara Maraton Boston 2014 ketat, peserta dan penyokong tetap bersemangat, menurut seorang peserta dari Singapura, Encik Md Shariff Abdullah.
Menurut Encik Shariff, yang dikenali sebagai 'Singapore Blade Runner' kerana memakai kaki palsu, beliau menduduki tempat keempat bagi kategori peserta menggunakan kaki palsu dalam larian pada 21 April lalu itu.