Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENUTUPAN SEMENTARA PASAR GEYLANG SERAI

Boleh jangkakan pasar Geylang lebih bersih, teratur

Feb 21, 2016 | 07:52 PM



PASAR Geylang Serai, yang popular dalam kalangan penduduk Melayu akan menjalani kerja naik taraf.


Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan menjalankan kerja pembaikan dan naik taraf ('Repairs and Refurbishment' atau R&R) pasar tersebut akan berlangsung selama tiga bulan bermula September ini.


Ketika dihubungi, NEA berkata seluruh pasar akan ditutup, yakni 63 gerai makanan dan 302 gerai pasar.


Berita Minggu difahamkan penutupan itu bakal berlaku selepas Hari Raya Haji. Perayaan itu jatuh pada 12 September.


Medan selera Mr Teh Tarik dan perniagaan lain yang terletak di penjuru barat pasar bagaimanapun dijangka terus berniaga.


Pasar Geylang Serai dibuka semula pada 2009 setelah menjalani Program Peningkatan Pusat Penjaja (HUP).


Ini kali pertama pasar masyhur itu menjalani kerja naik taraf sejak dibuka semula.


Namun, menurut jurucakap NEA, tarikh penutupan hanya boleh ditetapkan setelah tender kerja R&R itu diberikan.


Antara lain, NEA akan menaik taraf tandas dan kawasan pembuangan sampah, menggantikan kerusi meja yang rosak, memperbaiki jubin dinding dan lantai, menggantikan jubin kawasan sejuk beku serta memasang kipas dan lampu baru.


Di samping itu, laluan longkang khas akan dibina dalam kawasan memunggah supaya kotoran tidak memasuki longkang biasa.


Dua tangga bergerak turut digantikan.


"Kos R&R akan ditanggung NEA. Kerja-kerja tersebut tidak akan menjejas sewa pegerai.


"Pegerai juga diberi keringanan tidak perlu membayar sewa sepanjang tempoh penutupan R&R atau kerja pembaikan besar lain," ujar NEA.


Sewaktu wartawan meninjau pegerai dan pekerja di pasar Geylang Serai baru-baru ini, perasaan mereka bercampur baur.


Ada pegerai menghela nafas lega dapat menikmati masa rehat sepanjang penutupan pasar, namun ada juga yang risau akan ketiadaan pendapatan waktu itu.


Penjual ayam segar, Cik Elly Sukmawarni Sukardi, 41 tahun, antara ratusan yang akan terjejas. Beliau mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.


"Saya pening juga sebab nak kena beli susu dan lampin anak. Sebelum pasar tutup nanti, saya dah mula menabung sekarang.


"Singapura memang banyak kerja sambilan, tapi saya suka berniaga di pasar," ujar Cik Elly.


Laporan lanjut: 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >