Boleh keluarkan wang kertas baru bagi sambut Raya di 4 cawangan SingPost

BUAT julung-julung kali, pelanggan DBS/POSB berpeluang mendapatkan wang nota baru untuk sambutan Hari Raya di empat cawangan SingPost, tahun ini.

Empat cawangan itu terletak di Paya Lebar, Tampines Central, Woodlands Central, dan Jurong West.

Pelanggan boleh menggunakan kad ATM DBS/POSB untuk mengeluarkan nota baru yang sedia dibungkus dalam bungkusan $300 ($2 x 100 keping dan $5 x 20 keping).

Mereka yang mengeluarkan wang nota baru dari keempat cawangan itu serta dari cawangan DBS/POSB juga akan menerima satu set sampul raya dari DBS atau POSB.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.