SEORANG bomoh lelaki berusia 49 tahun mengaku bersalah semalam atas tuduhan merogol wanita berusia 35 tahun yang meminta bantuannya menghalau 'hantu' di flatnya.
Ow Siew Hoe, juga dikenali sebagai Ow-Yong Siew Hoe, akan dijatuhkan hukuman pada satu tarikh kelak kerana peguamnya sedang menunggu laporan perubatan untuk membuat rayuan.