Bon Jovi antara artis popular serikan F1 Singapura

PARA peminat Formula 1 (F1) di sini bukan sahaja dapat menyaksikan debaran litar malam Singapore Grand Prix Singapore Airlines, tetapi juga akan disajikan dengan barisan penyanyi popular yang bakal menyerikan lagi perlumbaan tersebut Septemberi ini.

Antara penyanyi yang bakal diundang oleh penganjur Singapore GP adalah kugiran Amerika Bon Jovi; penyanyi dan penulis lagu Jimmy Cliff; kugiran Sweden Dirty Loops; dan kugiran Singapura The Sam Willows.

Mereka akan menyertai artis-artis lain yang telah diumumkan sebelum ini seperti Pharrel Williams, Maroon 5 dan Spandau Ballet.

Bon Jovi akan membuat persembahan selepas perlumbaan di Padang pada 20 September, manakala konsert Jimmy Cliff diadakan di pentas Coyote pada 18 September dan di pentas Village pada 20 September.

Dirty Loops pula akan membuat persembahan di pentas Coyote pada 19 September dan The Sam Willows di pentas Village dan Coyote masing-masing pada 18 dan 20 September.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.