Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bon Simpanan Singapura: Hingga $4b akan dikeluarkan MAS pada 2016

Dec 02, 2015 | 12:35 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) akan menawarkan hingga $4 bilion Bon Simpanan Singapura (SSB) tahun depan, bermula dengan keluaran Januari hingga $300 juta.


Kadar kupon - atau pulangan - bagi keluaran Januari akan bermula pada 1.21 peratus untuk tahun pertama, meningkat kepada 1.31 peratus pada tahun kedua dan 1.92 peratus pada tahun ketiga.


Ini memberi pulangan tahunan purata 1.48 peratus dalam tempoh tiga tahun dan 2.58 peratus dalam tempoh penuh 10 tahun bon tersebut.


Pelabur boleh memohon bon Januari sebelum tarikh permohonan ditutup pada 9 malam 28 Disember


SSB mempunyai ciri-ciri unik kadar kupon "meningkat", iaitu semakin lama bon itu dipegang, semakin baik pulangannya.


MAS melancarkan produk tewrsebut pada September sebagai pilihan pelaburan selamat, murah dan fleksibel. Pelabur boleh memohon dalam gandaan $500, hingga maksimum $50,000 dalam satu keluaran.


Ia memberi pelabur fleksibiliti untuk menebus bon tersebut lebih awal dari tempoh penuh 10 tahun tanpa sebarang penalti.


MAS komited mengeluarkan bon itu setiap bulan sekurang-kurangnya sepanjang lima tahun akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >