Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bonus akhir tahun 0.8 bulan untuk kakitangan awam

Nov 25, 2014 | 05:50 PM



KAKITANGAN perkhidmatan awam akan menerima bonus akhir tahun sebanyak 0.8 bulan tahun ini, dengan bayaran minimum ditetapkan sebanyak $1,200 untuk memberi manfaat kepada para pegawai bergaji rendah.


Ini diumumkan oleh Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) hari ini, Selasa.


Bonus itu lebih rendah berbanding tahun lalu, dengan kakitangan perkhidmatan awam menerima bonus akhir tahun 1.1 bulan dan bayaran minimum $1,600 pada 2013.


Bonus lebih rendah itu diumumkan sedang Pemerintah meramalkan ekonomi akan tumbuh sekitar 3 peratus tahun ini, berbanding 3.9 peratus tahun lalu.


Dengan mengambil kira bonus pertengahan tahun sebanyak 0.5 bulan dan bonus 13 bulan yang akan dibayar bulan depan, kakitangan perkhidmatan awam akan menerima keseluruhan bonus sebanyak 2.3 bulan tahun ini - lebih rendah daripada sejumlah bonus 2.5 bulan tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >