Bonus Bayi tambahan $2,000

Nur Adilah Mahbob

Pemerintah akan memberi Bonus Bayi Tambahan sebanyak $2,000 yang akan diagihkan apabila anak berusia 12 bulan dan 18 bulan.

Ini menjadikan jumlah Bonus Bayi kepada $8,000 bagi anak pertama dan kedua, serta $10,000 bagi anak ketiga, keempat dan seterusnya. Geran Medisave Bayi Baru Lahir pula akan ditambah $1,000, menjadikan jumlahnya kini $4,000.

Perubahan ini akan dinikmati bayi yang dilahirkan pada dan selepas 1 Januari 2015. Cuti Bapa dua minggu dibiayai pemerintah yang diumumkan di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pula akan bermula serta merta bagi sektor awam.

Syarikat sektor privet digalakkan untuk turut melaksanakannya. Butiran lanjut mengenai Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan Jubli diberikan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri, Cik Grace Fu, hari ini (25 Ogos) setelah pertama kali diumumkan Perdana Menteri di NDR kelmarin.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.