Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Borang peraduan LiirikBaiik

Sep 28, 2015 | 04:00 PM



ATAS dasar usaha mencari penulis lirik berbakat, akhbar Berita Harian menganjurkan satu peraduan menulis lirik lagu Melayu yang dipanggil 'Liriikbaiik SG50'.


Peraduan menulis lirik lagu Melayu ini dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh BH sempena sambutan ulang tahun Singapura yang ke-50 (SG50).


Ia dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Karyawan Muzik Singapura (Perkamus) dan Sallys Music Productions.


Peraduan menulis lirik lagu Melayu, Liriikbaiik SG50, mengalu-alukan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat.


Penulis lirik lagu mempunyai tempoh sehingga 5 petang pada 9 Oktober ini untuk menghantarkan karya lirik lagu dalam bahasa Melayu ciptaan mereka.


Tema peraduan ini adalah 'Negaraku' atau yang berkaitan dengan Singapura.


Kesemua lirik lagu akan diadili oleh tiga anggota juri - Editor Gah! (Gaya Hidup, Seni dan Hiburan) Berita Harian, Hanim Mohd Saleh; seniman Mohd Khair Mohd Yasin mewakili Perkamus; dan vokalis The Sallys, Shafiq Iskandar dari Sallys Music Productions.


Juara berpeluang memenangi wang tunai $1,000 serta melihat lirik lagunya dirakamkan dalam bentuk single yang diterbitkan oleh Sallys Music Productions.


Antara penyanyi yang telah menyatakan kesediaan merakamkan single pemenang ialah penyanyi Singapura seperti Imran Ajmain, Nana Karia dan Aisyah Aziz.


Peserta dikenakan bayaran pendaftaran $20 yang membolehkan mereka menyumbang sehingga dua lirik lagu.


Bayaran boleh dibuat di pejabat Berita Harian dalam bentuk tunai atau cek pada Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.


Mereka yang berminat atau inginkan maklumat lanjut peraduan Liriikbaiik SG50 boleh menghantar e-mel ke bhpromo@sph.com.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >