Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bot Indonesia karam: 13 diselamatkan, dua pelancong masih hhilang

Aug 18, 2014 | 04:04 PM



JAKARTA (Reuters) - Cuaca buruk telah menghambat operasi mencari dua pelancong asing yang masih hilang, selepas sebuah kapal dalam perjalanan antara dua pulau peranginan Indonesia karam pada Sabtu malam lalu, walaupun lagi 13 berjaya diselamatkan.


Sebuah kapal persiaran yang membawa 20 pelancong asing dan anak kapal warga Indonesia karam semasa dalam pelayaran antara Lombok dan Komodo.


Pihak berkuasa Indonesia berkata, mulanya seramai 15 pelancong hilang, namun 13 orang termasuk lapan pelancong dan semua lima anak kapal kemudian berjaya diselamatkan beberapa jam selepas kapal terbabit karam.


"Mereka yang diselamatkan itu ditemui oleh para nelayan, dan mereka dijumpai terapung dengan memakai jaket penyelamat," kata Encik Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap agensi pengurusan bencara nasional.


Beliau berkata, mereka yang terselamat telah dirawat di sebuah klinik di pulau Nusa Tenggara Barat, yang terletak antara Lombok dengan Komodo.


Mengenai operasi mencari dua lagi yang masih hilang, beliau berkata pihaknya telah mengerahkan bot-bot laju dan sebuah helikopter tetapi cuaca buruk dan ombak besar menghambat operasi tersebut.


Para pelancong dikatakan berasal dari Britain, Italy, Germany, Holland dan New Zealnd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >