Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Brek kecemasan yang digunakan sebabkan khidmat Laluan Circle tergendala

mrt
Sep 12, 2017 | 05:30 AM



BREK kecemasan kereta api, yang telah digunakan atas sebab tidak diketahui, difahamkan telah membuat sebuah kereta api Laluan Circle berhampiran stesen Marymount tidak beroperasi pada waktu sesak pagi semalam.



Kereta api yang rosak itu kemudian ditolak oleh kereta api lain.



Hal ini, yang berlaku hanya dua hari selepas kerosakan landasan mengganggu khidmat LRT Bukit Panjang selama kira-kira enam jam pada pagi Sabtu lalu, menyebabkan ribuan penumpang dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja terjejas.



Menurut Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB), beberapa peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'N' diadakan pada pagi itu.



SMRT, pengendali bagi Laluan Circle mengumumkan pertama kali mengenai kerosakan itu dalam pos Twitter pada 9.25 pagi dan memberi amaran bahawa perjalanan kereta api akan mengambil masa 15 minit hingga 30 minit lebih lama daripada biasa.



Orang ramai kemudian dilihat berkerumun di setiap stesen MRT.



Menjelang 10 pagi, SMRT meletakkan pos di Twitter bahawa khidmat telah mula pulih beransur-ansur.



Ini bukan kali pertama khidmat kereta api melakukan brek kecemasan.



Biasanya, kereta api akan menggunakan brek kecemasan jika ia berasa berlaku masalah keselamatan.



Hampir setahun lalu, Laluan Circle menghadapi kes kereta api yang menggunakan brek kecemasan beberapa kali.



Masalah lama ini pada awalnya dikaitkan dengan gangguan isyarat yang tidak dapat dikenal pasti.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) malah telah mempertimbang melengkapkan kereta api dengan "perisai elektromagnetik".



Masalah itu akhirnya dikesan kepada kereta api yang menunjukkan isyarat salah yang telah menjejas kereta api lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >