Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Atasi cabaran, untuk terus maju dalam pendidikan

Buat perancangan awal, tak segan dapat bantuan bila hadapi masalah

Sekitar 13,414 pelajar aliran Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) mengambil peperiksaan GCE peringkat 'N' tahun ini. Daripada 9,000 calon dari aliran Normal (Akademik), 78.4 peratus berjaya ke Menengah 5 tahun hadapan. Daripada 4,414 calon dari aliran Normal (Teknikal) yang menduduki peperiksaan itu, 98 peratus lulus. Berikut BERITA HARIAN menyorot pengalaman dua pelajar yang telah mengatasi pelbagai cabaran untuk lulus peperiksaan dan melanjutkan langkah ke peringkat seterusnya. Pelajar mahu dalami bidang seni visual
Dec 29, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN kadangkala harus bergelut untuk mengimbangi tuntutan kurikulumnya dan aktiviti-aktiviti sekolah, Nur Syahindah Mohammed Rasul, 16 tahun, tidak pernah berputus asa.



Dia, yang bercita-cita mahu menjadi sebagai seorang animator di Disney Pixar suatu hari kelak, tidak berlengah untuk mendapatkan bantuan setiap kali menghadapi kesukaran.



Kerja kerasnya kini membuahkan hasil apabila pelajar Sekolah Menengah Bukit Batok itu berjaya meraih Gred 2 untuk Bahasa Inggerisnya walaupun dia seringkali menghadapi kesukaran dalam subjek itu.



Bercakap dengan Berita Harian (BH), Syahindah menyatakan bahawa untuk meraih kejayaan, dia seringkali memastikan dia membuat rancangan awal.



"Saya sentiasa merancang dengan lebih awal untuk memastikan saya mempunyai masa untuk menyiapkan kerja sekolah saya.



"Saya akan mengatur jadual kerja... apa yang harus disiapkan dahulu dan apa yang boleh disiapkan kemudian. Apabila saya mempunyai banyak kerja sekolah, saya menggunakan senarai untuk menyemak dan menyenaraikan setiap tugasan yang saya ada," kata Syahindah yang amat berminat dalam seni visual.



Syahindah juga menggunakan minatnya dalam seni visual sebagai alat bantuan untuk membantunya bertenang jika dia berasa tertekan.



"Minat saya dalam bidang seni berpucuk sejak umur 10 tahun apabila saya mula minat lukisan yang saya temui di alam maya.



"Bagi saya, melukis amat menyeronokkan dan ia wadah yang membantu saya berehat selepas membuat tugasan sekolah saya," ujarnya yang telah mengambil bahagian dalam beberapa acara seni seperti Live On Festival tahun lalu di mana dia meluahkan 'mesej' mengenai pendermaan organ dan pemindahan melalui karya seninya.



Syahindah juga menyertai kumpulan tarian Melayu di sekolahnya, di mana dia membuat persembahan untuk pesta tarian Melayu Muara di Esplanade pada 2019.



Ini membina keberanian dan keyakinannya dalam persembahan di samping mendorongnya dan pasukan sekolahnya untuk meraih anugerah cemerlang dalam pertandingan Festival Belia Singapura tahun lalu.



Namun demikian, menyertai pelbagai aktiviti dan mengimbangi pembelajarannya di sekolah kadangkala amat mencabar.



"Ada detik apabila saya tidak begitu faham mengenai topik yang diajar dan kadangkala, ia amat mencabar bagi saya untuk mengimbangi kegiatan kokurikulum (CCA) dan pelajaran saya.



"Namun, keluarga dan rakan-rakan saya sentiasa berada di sisi saya untuk membantu saya mengatasi segala cabaran," kata Syahindah yang kerap kali mendapatkan bantuan daripada guru-gurunya dalam mata pelajaran yang sukar baginya untuk meningkatkan pemahamannya.



Bagi Syahindah, motivasi untuk berjaya ialah keinginannya untuk meringankan beban kewangan keluarganya.



Justeru Syahindah tekad berusaha mencapai keputusan cemerlang dalam pelajarannya bagi membuka peluang mendapatkan dermasiswa dan biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya.



Dengan keputusan peperiksaan GCE peringkat 'N' yang memberangsangkan di mana dia meraih gred dua atau tiga dalam semua mata pelajarannya, Syahindah berharap melanjutkan pendidikannya di politeknik dalam bidang yang berkaitan dengan reka bentuk, seni dan media.




"Saya sentiasa merancang dengan lebih awal untuk memastikan saya mempunyai masa untuk menyiapkan kerja sekolah saya. Saya akan mengatur jadual kerja... apa yang harus disiapkan dahulu dan apa yang boleh disiapkan kemudian. Apabila saya mempunyai banyak kerja sekolah, saya menggunakan senarai untuk menyemak dan menyenaraikan setiap tugasan yang saya ada."
- Nur Syahindah Mohammed Rasul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >