Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak 11 tahun dikatakan dilanggar lari teksi

Apr 05, 2016 | 07:35 AM



SEBUAH teksi dikatakan melanggar lari seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dalam satu kejadian dekat Poliklinik Choa Chu Kang Poliklinik pada Jumaat (1 Apr) lalu.



Kanak-kanak itu, Thivakar Alvaran, dikatakan tercampak dua hingga tiga meter di seberang jalan.



Murid sekolah rendah itu telah menyeberang jalan untuk cuba mendapatkan teksi, dan sedang melintas kembali apabila kemalangan tersebut berlaku.



Ketika itu, Thivakar, ibunya, Chandralekha Sandragesan, serta kakaknya sedang hendak pulang ke rumah dari poliklinik tersebut.



"Saya fikir dia sudah meninggal," kata Cik Chandralega, seorang suri rumah berusia 43 tahun, lapor akhbar The Straits Times pada Selasa (5 Apr).



"Saya mendengar bunyi kuat dan melihat anak saya tercampak menyerong di seberang jalan."



Dengan seorang cucu satu bulan dalam pelukannya, Cik Chandralega berlari ke Thivakar, yang tidak bergerak dan menjerit kepadanya supaya bangun.



"Syukurlah, dia bangun," katanya.



Kakak Thivakar, Cik Nagarani Mathiyalakan, 19 tahun, berlari ke teksi Prime itu dan mengetuk tingkap pemandu serta menjerit pada pemandu supaya keluar dari keretanya.



Cik Nagarani, yang pergi ke poliklinik itu bersama keluarganya bagi pemeriksaan perubatan anak perempuannya itu, berkata: "Saya mahu dia bertanggungjawab atas perbuatannya."



Tetapi beliau berkata pemandu itu, yang sedang membawa penumpang, menurunkan tingkap, melihat adiknya dan terus memandu pergi.



Keluarga itu kemudian menaiki teksi lain untuk mengejarkan Thivakar ke Hospital KK. Thivakar masih dirawat di situ bagi keretakan halus pada buku lali kanannya. Dia dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini.



Cik Chandralega berkata beliau begitu takut hingga pengsan dalam perjalanan.



Jurucakap teksi Prime berkata syarikat itu sedang menyiasat kes tersebut, tetapi enggan mengulas lanjut.



Polis berkata siasatan masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >