Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak 11 tahun maut akibat denggi

Oct 12, 2016 | 09:02 AM



SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa terbaru demam denggi di sini.



Kanak-kanak itu, yang tinggal di Woodleigh Close, dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK pada 30 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia diberitahu mengenai punca kematian budak itu pada Selasa (11 Okt), selepas koroner menyiapkan laporan beliau.



Kediamannya di Woodleigh Close adalah kelompok aktif denggi dengan dua kes jangkitan pada awal September. Tiada pembiakan nyamuk dikesan di sana.



Kelompok ini telah ditutup pada 14 Sep.



Kematian kanak-kanak itu membawa jumlah orang yang meninggal dunia akibat denggi tahun ini kepada lapan, empat lebih banyak daripada jumlah keseluruhan tahun lalu.



Kes terakhir pada Ogos lalu, melibatkan seorang lelaki berusia 79 tahun yang tinggal di Eastwood Drive, tempat terdapat kelompok aktif.



Sehingga Isnin (10 Okt), 12,170 kes denggi telah dilaporkan sejak awal tahun, berbanding 11,286 pada keseluruhan tahun lalu.



Namun, bilangan kes denggi baru telah berkurangan ke paras terendah baru tahun ini, menurut laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Terdapat 125 kes virus bawaan nyamuk itu minggu lalu - 12 kurang daripada seminggu sebelumnya. Ia minggu kelima berturut-turut jumlah mingguan telah berkurangan.



Walaupun jumlah kes telah berkurangan dengan stabil, NEA menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan bekerja bersama untuk menindas populasi nyamuk Aedes, yang menyebarkan denggi, Zika, demam kuning dan chikungunya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >