Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak 5 tahun ditemui mati di Leedon Heights, bapa cedera bantu siasatan

Oct 06, 2015 | 12:56 PM



SEORANG budak lelaki berumur lima tahun ditemui mati di sebuah rumah di kondominium Leedon Heights, dekat Farrer Road, pada pagi Selasa (6 Oktober) dan bapanya yang cedera sedang membantu polis dalam siasatan.


Polis menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pegawai polis bertugas menemui seorang lelaki cedera di luar Pusat Polis Kejiranan (NPC) Bukit Timah pada kira-kira 5.11 pagi Selasa.


Sebuah ambulans kemudian dipanggil dan membawa lelaki berusia 42 tahun itu ke hospital.


Menyusuli siasatan awal, polis pergi ke sebuah rumah di Leedon Heights dan menemui anak lelaki itu, yang berusia lima tahun dan juga cedera, terbaring kaku dalam sebuah bilik tidur.


Budak itu kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian pada kira-kira 6.17 pagi.


Police menyifatkan kes tersebut sebagai kematian luar biasa dan sedang menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >